Monday, November 16, 2009

Tahniah buat warga SAM Parit baru

Salam perjuangan,

Buat warga SAM Parit baru pelajar tg 1-4 yg telah balik kampung selamat bercuti pergi sekolah tetapi tanggung jawab menuntut ilmu dan mengisi masa2 perlu disusun dgn baik dan gunakanlah masa cuti yg panjang dgn aktiviti membaca, menghadiri kuliah2 di surau/masjid, menyertai kem2 jatidiri

Tenaga Pengajar yg akan berkursus sepanjang cuti SELAMAT BERKURSUS ( Us Jamhari, En Fahmi, Us jarir, Pn Najihah dan Pn Norhayati )

Guru yg bertugas jaga SPM selamat menjalankan tugas, begitu juga sahabat2 yg bertugas di sekolah selamat menjalankan tugas

Khas buat PELAJAR SPM kami ucapkan SELAMAT BERIMTIHAN moga kejayaan milik antum sekalian, kuatkan semangat juang susun jadual dgn baik

wassalam

Wednesday, July 8, 2009

APABILA SUNAT MENGEJUT ORG DARI TIDUR



Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:


1.Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah
ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه
برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada
mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat
dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


2.Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

3.Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan),
sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).

(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


4.Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik
dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena ,
hendaklah dia beredar.”
=
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

5.Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”

(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau
mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم


“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

6.Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang,
riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”

(Hr Bukhari - sahih)


7.Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela
melainkan dirinya.”

(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

8.Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi
Syu’abil Iman.

9.Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab
yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

10.Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda
bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di
Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli
neraka jahannam.”

(Hr Ibnu Majah)

11.Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة
قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya.
Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati
wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya
enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.

(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)


12.Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم


“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka
makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

(Hr Muslim)


Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi
dan an-Nihayah oleh Ibnul athir

Sunday, March 29, 2009

MOTIVASI BAHASA ARAB SAMPB - Kali Pertama

Pada 24 MAC yang lalu, Panatia Bahasa Arab SAMPB bersama KUISCELL, telah berjaya menganjurkan Motivasi Bahasa Arab kali pertama di Dewan SAMPB Antara tujuan utama program ini dianjurkan adalah sebagai satu usaha bagi memantapkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar. Melalui program tersebut masalah-masalah pendidikan, khususnya berkaitan P&P Bahasa Arab dapat dikaji dan dicari jalan penyelesaiannya.

Di dalam motivasi tersebut kertas kerja “ Kepentingan Bahasa Arab “ telah dibentangkan dan disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang menarik minat para pelajar. Pembentang utama ialah Ustaz Mohd Nor Husin dari Jabatan Bahasa Arab Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ). Ustaz Rafian Dan Ustaz Husni serta dibantu 7 orang fasilitator dari fakulti Bahasa Arab KUIS. dengan terlaksananya program ini diharapkan penguasaan pengajaran bahasa Arab di kalangan pelajar SAMPB akan bertambah baik. Di samping itu ia akan memantapkan lagi hasrat pihak Panatia untuk menjadikan Bahasa Arab dan Pendidikan Agama sebagai 'nice' sekolah ini

Tuesday, March 24, 2009

Syair Cinta Aisyah...


Wahai manusia yang tidak sekalipun mengenakan sutera,
Yang tidak pernah sejeda pun
membaringkan raga pada empuknya tilam

Wahai kekasih yang kini telah meninggalkan dunia,
Ku tau perut mu tak pernah kenyang
dengan pulut lembut roti gandum

Duhai, yang lebih memilih tikar sebagai alas pembaringan

Duhai, yang tidak pernah terlelap sepanjang malam
karena takut sentuhan neraka Sa’ir

~ Aishah ra


Kesedihan

Dan antara kesedihan itu
ialah apabila engkau menyintai seseorang,
akan tetapi si dia yang engkau cintai itu
menyintai orang lain selainmu.

Ataupun [kesedihan itu ialah]
apabila engkau menghendaki
perkara yang baik untuk seseorang,
sebaliknya dia mahu menyakitimu.

~ Imam Shafi’i

Pintaku Padamu

Kalau esok kasih kita `kan hancur jua
usah ditaburi bumi ini dengan air mata
dunia bukan semata milik orang bercinta
hidup jua bukan semata untuk berlagu kecewa

di bawah mentari pagi demikian jernihnya
hayunkan gagah langkahmu sepenuh khidmat
usapi kesetiaan hati seluruh umat

Kalau esok jua hidup dijenguk kematian
usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan
tanda hatimu setia dalam usia pengembaraan

tau-taulah di bintang satu
di hari hidup kita mengejar bahagia dalam sengsara
di hari mati kita mengira pahala dan dosa

Dharmawijaya (1963)

Thursday, March 12, 2009

ALFU MABRUK !!! SPM 2008

Analisa Peperiksaan SPM Tahun 2008 SAM Parit Baru
NAMA A B C D E G
Nor Faizah binti Ramli 8 1 1 1 1
Nurul Fatin Hayyun binti AbdGhaffar 7 2 2 1
Nurul Fatehah Hayyun binti Abd Ghaffar 7 3 1 1
Nor Fatihah binti Mustajid 5 2 2 2
Normazni binti Samsi 5 2 1 2 1
Nathrah binti Mohamed Said 4 4 1 1 1 1
Mohammad Shamsul Arif b Hj Abd Rahman 3 5 1 1 1 1
Noor Atiqah binti Mohd Hatta 3 3 1 2 3
Ahmad Fizal Zahir bin Mohd Malek 2 4 3 2 2
Siti Badariah binti Abdullah 2 4 2 3 1
Nor Azimah binti Mohd Basori 2 3 4 1 1
Nor Adilah binti Khairul Hamdi 1 5 2 2 2
Siti Masliah binti Mohd Nuri 1 5 2 1 2
Muhammad Nur Afif bin Badruldin 1 3 3 2 1 1
Siti Norfarekha binti Sahlan 1 2 3 2 1 2
Siti Nor Azwa binti Dolah Hamari 1 1 3 1 3 2
Ubaidillah bin Othman 1 4 1 3 3
Abdul Hakim bin Hj Abd Halim 6 3 1 2 1
Muhamad Azri bin Misbahul Munir 3 1 1 3 4
Abdul Hadi bin Yahya 2 2 1 4 2
Nor Sahila Binti Abd Aziz 2 2 3 2 2
Muhamad Wakil bin Mohd Bajuri 1 4 1 2 3
Mastura binti haji Yusof 1 2 1 4 3
Mohammad Hafiz bin Yazid 1 2 2 2 5
Saidatul Hafizah binti Masrudin 1 1 3 4 2
Khairul Adli bin Nahmudin 2 3 5 6
Nurul Najihah binti Buyadi 2 1 8
Mohammad Fitri bin Sulaiman 1 2 2 6

Monday, March 9, 2009

SELAMAT BERIMTIHAN

UJIAN PRESTASI 1

10 MAC - 13 MAC 2009

SELAMAT BERIMTIHAN

والله المستعان والموافق

Senarai Bayaran Buku Tahun 2021