Sejarah SAMPB

       


         Sekolah Agama Menengah Parit Baru ditubuhkan pada tahun 1951 berteraskan pengajaran ilmu agama Islam yang kemudiannya ditadbir oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) secara rasminya pada tahun 1960.  Pada tahun 1977, sukatan pelajaran baru telah diperkenalkan bagi menggantikan sukatan terdahulu yang dipanggil sikatan Sekolah Khas. Kemudian sekolah ini telah diberi nama sebagai Sekolah Agama Menengah Rendah Parit Baru kerana hanya ada kelas bagi tingkatan 1,2 dan 3 sahaja.

Pada tahun 1990 SAMR Parit Baru telah mendapat bangunan baru yang mana pelajarnya telah dipindahkan ke bangunan baru yang terletak di belakang bangunan lama. Matapelajaran untuk Sijil Pelajaran Malaysia telah diterapkan pada tahun 1995 dimana tingkatan 4 dan 5 telah diwujudkan. Kemudiannya sekolah telah ditukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Parit Baru sehingga sekarang. Dari  tahun 1977 sehingga sekarang SAM Parit Baru telah ditadbir oleh 5 orang pengetua dan Tn. Haji Mohd Shaharoni Bin Hj. Abd Basir adalah pengetua yang ke lima.


Pada tahun 2006, Sekolah Agama Menengah  Parit Baru telah diambil alih oleh kerajaan pusat dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam dan dikategorikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Guru-guru yang belum mendapat latihan perguruan telah diberi latihan secara Kursus Dalam  Cuti (KDC) yang telah diwujudkan khas untuk lepasan siswazah dan juga untuk bukan siswazah. Guru yang berjaya menamatkan latihan KDC akan diserap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan guru tetap dan terlatih.

No comments:

Post a Comment

Senarai Bayaran Buku Tahun 2021