Thursday, January 24, 2019

KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2019


Pelajar Mumtaz & Jayyid Jiddan

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMA tahun 2018 kerana telah memperoleh keputusan yang cemerlang.

Semoga anda terus cemerlang di masa hadapan. Inshaallah..

MUMTAZ = 2 ORANG

JAYYID JIDDAN = 34 ORANG

JAYYID = 14 ORANG

MAKBUL = 17 ORANG

Monday, January 14, 2019

Apa maksud pembelajaran PAK21?


Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) merupakan pendidikan yang menitikberatkan pelajar aktif dalam pembelajaran. Dalam PAK-21, guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pengurus bilik darjah supaya sesuai dengan persekitaran seperti di alam pekerjaan. PAK-21 lebih berpusatkan pelajar dalam setiap sesi pembelajaran.
Pada dasarnya, PAK-21 ini merupakan suatu pembelajaran yang menggunakan kaedah-kaedah terkini demi memastikan pelajar tidak pasif belajar di dalam kelas seperti zaman Pembelajaran “Spoon-feeding” atau suap sahaja semua info. Pelajar juga tidak lagi disuruh diam di dalam kelas, malahan pelajar Abad ke-21 perlu bergiat aktif di dalam bilik darjah sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPc) dilakukan. PAK-21 ini sangat penting untuk dilaksanakan kerana ia merangsang perubahan teknik pengajaran ke arah persediaan murid untuk menjadi asertif dan kompeten terutamanya dalam bidang pekerjaan kelak.
Three Stray One Stay








Sunday, January 13, 2019

Majlis Perlantikan Pengawas, PRS serta Pengawas ICT sesi 2019


Tempat: Dataran Perhimpunan SAPB
Masa : 7.30 - 8.30 pagi



Pengawas sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta Pengawas ICT mengambil tempat untuk membaca ikrar bersama-sama diketuai oleh Ketua Umum sesi 2019.

Para pelajar duduk bagi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Amanat disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Sunday, January 6, 2019

Format Terbaru Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Mulai tahun 2019, Mesyuarat jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan telah meluluskan format baru baru PT3. Antara perubahan besar adalah melibatkan subjek Sejarah dan Geografi di mana ujian Pelbagai Instrumen (kerja Kursus) telah digantikn dengan Ujian bertulis.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh tekan link di bawah.

http://lp.moe.gov.my/images/bahan/suratsiaran/2018/ss%20bil%2052018.pdf

Senarai Bayaran Buku Tahun 2021