Monday, February 18, 2019

Majlis Pemuafakatan Antara KPM dan PDRM



Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SAMPB

Kementerian Pendidikan mencadangkan supaya pihak polis meningkatkan kehadiran anggotanya yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di kawasan sekolah selaras dengan usaha mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan murid dan pelajar.
Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon berkata, penempatan anggota melalui program ‘omnipresence’ (berada di mana-mana) itu, akan menumpukan kepada sekolah ‘hotspot’ di seluruh negara.
“Selain guru besar atau guru disiplin, anggota polis yang berada di pagar sekolah pada waktu pagi atau sesi petang memberi mesej kepada pelajar dan murid bermasalah bahawa sekolah berkenaan turut dikawal anggota polis.
“Kehadiran polis beruniform boleh membantu persekitaran lebih selamat di sekolah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Memperkasakan Tugas Pegawai Perhubungan Sekolah di sini, semalam.

Sedikit ucapan dan amanat disampaikan oleh Tuan Inspektor kepada pelajar SAMPB

Selesai Perasmian oleh Tuan Inspektor dari IPD Sg Besar



Senarai Bayaran Buku Tahun 2021