Sunday, March 29, 2009

MOTIVASI BAHASA ARAB SAMPB - Kali Pertama

Pada 24 MAC yang lalu, Panatia Bahasa Arab SAMPB bersama KUISCELL, telah berjaya menganjurkan Motivasi Bahasa Arab kali pertama di Dewan SAMPB Antara tujuan utama program ini dianjurkan adalah sebagai satu usaha bagi memantapkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar. Melalui program tersebut masalah-masalah pendidikan, khususnya berkaitan P&P Bahasa Arab dapat dikaji dan dicari jalan penyelesaiannya.

Di dalam motivasi tersebut kertas kerja “ Kepentingan Bahasa Arab “ telah dibentangkan dan disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang menarik minat para pelajar. Pembentang utama ialah Ustaz Mohd Nor Husin dari Jabatan Bahasa Arab Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ). Ustaz Rafian Dan Ustaz Husni serta dibantu 7 orang fasilitator dari fakulti Bahasa Arab KUIS. dengan terlaksananya program ini diharapkan penguasaan pengajaran bahasa Arab di kalangan pelajar SAMPB akan bertambah baik. Di samping itu ia akan memantapkan lagi hasrat pihak Panatia untuk menjadikan Bahasa Arab dan Pendidikan Agama sebagai 'nice' sekolah ini

No comments:

Post a Comment

Senarai Bayaran Buku Tahun 2021